Friday 3 February 2012

Hasrat Hati VS Iman Diri.....

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Sebagai manusia, yang diciptakan sempurna oleh Allah SWT, mmg kita x kan lari dari keadaan fitrah kita sendiri, bila tiba usia remaja, muncul sesuatu perasaan yang baru, iaitu perasaan ingin berpasangan. Rasa ingin menyayangi dan ingin disayangi itu mmg ada pada semua manusia yang sempurna lahiriah dan batiniah. sesungguh, sifat kasih sayang itu sememangnya diciptakan Allah SWT dalam hati kita untuk kita mengetahui betapa indahnya perasaan itu. Namun, Islam tidak pernah menyebut bahawa 'couple' itu diperbolehkan. Trend sekarang sememangnya menunjukkan couple itu adalah sesuatu yang perlu dalam meluahkan perasaan kasih sayang itu, malahan itu bertujuan memupuk perasaan itu. benar dan tidak salah tujuannya, tp bila melanggar hukum syarak, itu yang menimbulkan masalah dan dosa.




 Wa la taqrabu al-zina (Janganlah kalian mendekati zina), inilah sabda Allah SWT dalam hal2 couple ini dan sesungguhnya, kalau membaca tanpa memahami isi sebenar yang ingin disampaikan oleh Allah SWT. Kenapa dilarang mendekati, kenapa x terus melarang sahaja.. dulu inilah pemikiran yang saya ada mengenai hal ini sesungguhnya, terjawab juga pertanyaan hati ini waktu itu. Maksud ayat itu menekankan jangan mendekati zina adalah kerana zina tidak akan terjadi dengan sendirinya, dalam kimia, kita belajar a+b=c... a=lelaki bukan muhrim, b=wanita bukan muhrim... c= zina.diantara a+b itu, akan muncul org ketiga iaitu, syaitan yang niat menghasut kita untuk melakukan kemungkaran. syaitan disini adalah catalyst yang memicu express meraka melakukannya, seperti yang disebutkan dalam sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh  Ahmad &Tirmidzi “Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya”. Dan itu yang akan memicu perbuatan yang lain yang akhirnya sampai ke zina. Sebab itu ditekankan jangan mendekati daripada melarang terus.






Ada cara untuk kita meluahkan kasih sayang ini dan cara yang paling baik adalah pernikahan. Namun, itu ada tantangannya dalam hal ini atas beberapa faktor dan faktor2 ini banyak memainkan peranan dalam hidup kita. kalau sekadar ingin berkenalan, pertunangan digalakkan tetapi itu bukan tiket nak berdua2an kerana masih lagi ajnabi bagi kedua belah pihak. seperti yang disebutkan sabda Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, maksudnya: Apabila seorang dari kamu meminang perempuan, sekiranya dia dapat lihat perempuan itu hendaklah dia melihatnya sehingga bertambah keinginan kepada perkahwinan”, riwayat ini menekankan kalau bertunang mesti ada niat mahu menikahi wanita itu.. selain itu, ada hadis yang menekankan kewajiban seseorang melihat bakal isteri nya sewaktu pertunangan agar memenuhi cita rasa dan kehendak masing2 dan penglihatan itu terbatas hanya pada muka dan tapak tangan si gadis itu, seperti yang disabdakan Rasulullah SAW, Apabila salah seorang daripada kamu meminang perempuan maka tidak berdosa atasnya melihat perempuan itu asalkan sahaja semata-mata untuk meminangnya sekalipun dia tidak mengetahui”. 


Sesungguhnya hasrat hati kita ini tidak sentiasa sejajar dengan iman kita dan akal kita kerana perasaan yang wujud. kehebatan akal dan hati ini, dikatakan kalau sejajar hati dan akal, insyAllah, individu itu akn berjaya di dunia dan di akhirat. ini sedikit ilmu yang dapat saya kongsikan kepada kalian, kerana dilemma ini akan menjadi ujian untuk semua orang x kira kaum, agama dan ras. Walaupun kita sesama manusia, agama yang berbeza menjadi panduan hidup kita dalam menjalani kehidupan kita. 


Hubungan antara lelaki dan wanita ada batasnya, dan batas ini yang sentiasa menjadi pemicu perasaan kasih dan sayang itu dapat yang disemai dengan cara yang baik dan sah. Kepada sahabat2 saya diluar sana, berpada2 lah dalam bercinta dan berkasih sayang kerana kalau lalai, boleh menuju ke kemungkaran Allah SWT, kalau benarla si dia is the ONE, berdoa, dan guna la cara yang halal untuk menyuntingnya. Ingatlah, jodoh di tangan Allah SWT, sentiasa minta yang terbaik dan bg yang belum mampu, tahanlah diri dan teruskan berdoa untuk dipermudahkannya (nasihat buat diri sendiri juga). Akhir kata, saya bukanlah ulamak ataupun ustaz yang byk ilmunya untuk menyuluhkan jalan yang gelap tp, sedikit cahaya ini insyAllah membantu saya dan sahabat2 saya daripada terus sesat dalam kegelapan.. 




jom kita hayati video dibawah ni... =)



2 comments:

  1. "syaitan yang niat menghasut kita untuk melakukan kemungkaran. syaitan disini adalah catalyst yang memicu express meraka melakukannya"- copy from ur article.

    p/s : syaitan pun menunaikan janjinya pada Allah, kita bila lagi??

    ReplyDelete
  2. deqsha : yup, saya sokong tu.. perjanjian Iblis dengan Allah SWT x pernah berhenti walau sesaat pun sedangkan, perjanjian kita dengan Allah SWT boleh kita laksanakan sambil lewa. Nak menjadi lebih baik, usaha amat diperlukan. jd kena start dari sekarang selagi kesedaran masih ada. :D

    ReplyDelete