Saturday 10 March 2012

if you love something, let it go. Percaya pada Allah.

Bismillahirrahmanirrahiim.
Kita ni, dalam hidup, mesti semua orang pernah berhadapan dengan keadaan di mana dia rasa susaaaah sangat untuk ‘let go of something’. Tak kira lah, untuk melepaskan orang ke, barang ke, peluang ke..semuanya terasa susah sangat nak dilepaskan pergi kerana bimbang dan takut tak akan dapat semula.
Kalau kes melepaskan orang tu, mungkin contoh paling sesuai soal bercouple. Bila dapat tahu yang ianya haram, yang membuatkan terasa berat hati sangat nak putus itu tak lain dan tak bukan kerana takut tak dapat bersama semula. Contoh-contoh lain pula, kalau perlu berpisah jauh dengan orang tersayang. Yang terasa berat hati tu bukan nya kerana apa sangat pun, kalau isu tak dapat dengar khabar berita, eh ada saja telefon, facebook, ym, skype semua. Cuma, dia jadi berat hati sebab tak tahu bila akan dapat berjumpa balik dan berat hati kerana tidak dapat lihat and jaga di depan mata. Risau.
Kalau kes melepaskan barang pula, he he ini mungkin selalu berlaku pada kaum wanita yang rajin bershopping. Contohnya, pergi ke pasaraya dan ternampak satu barang yang dijual dengan harga sangat murah..tapi atas sebab-sebab tertentu, tak dapat beli. Tanyalah mana-mana kaum wanita, mesti dia merasa susah hati untuk sekadar pandang dan biar saja. Kerana, tak tahu bila lagi dapat temui barang tersebut dengan tawaran harga rendah macam tu. Oh dilema, dilema.
Atau pun, hilang satu barang berharga. Aduh sedih betul..sebab, entah macam mana dan bila nak dapatkan lagi yang seperti itu. Tak dinafikan, perasaan-perasaan ini turut melanda kaum lelaki sebenarnya. Mereka pun bershopping juga. Dan kalau kes melepaskan peluang pula, juga sama, takut tak akan dapat semula. Biasalah, peluang keemasan memang tak selalu datang, kan. Tapi atas sebab tertentu terpaksa dengan berat hati dilepaskan. Jadi itulah, kita ni takut hendak melepaskan sesuatu kerana kita takut tak akan dapat ia kembali. Malah, memang betul, memang berlaku juga hal yang kita memang tidak dapat semula perkara itu..
Letting go. Move on. Atau melepaskan sesuatu tu pergi dari kita – ini juga sebenarnya termasuk dalam satu bentuk tawakkal kepada Allah. Tawakkal ni, selain dari berkait rapat dengan soal usaha dan hasil, misalnya berusaha ulangkaji pelajaran dan bertawakkal untuk keputusannya, soal ‘melepaskan’ ini pun merupakan satu lagi bentuk tawakkal yang besar. Sangat besar.
Sebabnya, apabila kita memutuskan untuk melepaskan sesuatu dari kita sedangkan kita dah dapat grab dia, atau mungkin kita tidak memutuskan pun tapi kita memang terpaksa lepaskan dia – di sini lah masanya di mana kita benar-benar meletakkan kepercayaan kepada Allah untuk seolah-olah ‘mengambil alih’ benda tersebut dari kita. (Ini seolah-olah sahaja ya. Kerana hakikatnya, memang segala benda pun dijaga dan dikawal oleh Allah, termasuk kita sendiri.) Dan kita juga akan benar-benar berserah bulat-bulat pada Allah sahaja untuk menentukan adakah kita akan mendapat kembali perkara itu.
Orang putih kata, if you love something let it go. If it comes back, its yours. If it doesnt, it never was. Bukan senang, kan? Memang remuk redam robek lah seluruh hati dan jantung. Haish… Kita ni, kena bertawakkal dengan tawakkal ibu nabi Musa. Pernah dengar tak kata-kata macam tu? Rasanya pernah kan. Tapi kalau tak pernah tak apa. Haa ni lah nak ajak dengar ni. (: Kenapa tawakkal macam ibu Nabi Musa? Apa yang special sangat nya tu? Haa. Sebab, ingat tak, masa zaman nabi Musa lahir tu, Firaun bermaharajalela sesuka hati dia. *Dia ingat dia terer sangat lettew. Derrr~
Jadi, alkisahnya, masa tu Firaun ni dia sudah mendengar sebentuk ramalan yang mengatakan bahawa kerajaannya akan dijatuhkan oleh seorang bayi lelaki yang akan lahir. Jadi dia pun bimbang, itu yang dia perintahkan semua bayi laki-laki pada masa itu dibunuh. Kejam. Huh. Ibu nabi Musa pula, mesti la dia tak mahu kan. Sedih dan tragis sangat. Pada masa itu, semua bayi lelaki dijejak dan dibunuh. Ibu Nabi Musa sangat takut lalu dia berdoa meminta tolong dengan Allah dengan bersungguh-sungguh dalam keadaan dirinya yang lemah. Selepas itu, Allah mengilhamkan dia supaya meghanyutkan Nabi Musa di dalam kotak ke dalam sungai.. Haa. Ingat kan kisah ni?
Bayangkan, seorang ibu yang baru melahirkan bayi nya, tiba-tiba dia terpaksa letakkan anaknya di dalam kotak dan hanyutkan di sungai. Allah….hancur hati emak nya.. Tapi, ibu Nabi Musa pada masa tu sudah terpaksa. Kalau tidak, akan dibunuh. Kalau kita baru lahirkan anak, mahu tinggalkan anak itu dalam bilik lama sikit pun tak mampu, apatah lagi hanyutkan ke sungai. Di sini kita dapat lihat, dia melepaskan anak yang disayangnya sepenuh hati. Bayangkan betapa hebatnya tawakkal dia pada masa itu.. Betapa tingginya dia meletakkan kepercayaan dan pengharapan kepada Allah. Betapa dasyat imannya, kan. Pertama sekali, kerana, dia minta tolong dengan Allah. Bukan dengan apa-apa yang lain, tetapi dengan Allah yang Maha Perkasa.
Kemudian, selepas dia meminta pertolongan dengan Allah, dia yakin pula dengan apa sahaja penyelesaian atau solution yang Allah berikan. Mana mungin tidak. Allah itu kan baik, di masa kita betul-betul berpaut pada Dia takkan mungkin Dia melepaskan tangan kita. Jadi oleh sebab itu lah selepas kita minta Allah tolong, jangan ragu lagi.
Yakinlah dengan apa jua yang Allah ilhamkan. Inshaallah, ia bukan langkah yang salah. Kerana kita bukan membuat keputusan itu sendiri-sendiri, sebaliknya kita buat dengan idea dan petunjuk dari Allah. Kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan (as-samii’ & al-mujiib) Ok ini sangat senang untuk dicakap tetapi sangat susaaah hendak dibuat. Mengaku. Tetapi, di sinilah Allah menguji sejauh mana kita benar-benar yakin dan berharap pada Dia. Dalam kata lain – bertawakkal kepada Dia. Dan kalau benar-benar asli tawakkal kita itu, confirm Allah tolong…confirm!!
Ingat lagi apa yang terjadi dengan Nabi Musa selepas itu? Dengan kuasa Allah, Nabi Musa hanyut hingga sampai ke istana Firaun and Asiah isteri Firaun mahu memelihara dia. Firaun itu pula, ekele zalim sangat la tapi bila isteri pujuk cair~~ (ps;sebab itu laki-laki kerna berhati-hati dengan pujuk rayu perempuan. Firaun pun kalah.) Dia yang berusaha betul-betul untuk hapuskan semua bayi lelaki, akhirnya di dalam istana dia sendiri juga dia membela sorang bayi lelaki. Dan dengan kehendak Allah, bayi itu lah lelaki yang diramal akan meruntuhkan kerajaannya. Jalan cerita yang menakjubkan. Subhanallah.
Lihatlah kepada ibu Nabi Musa. Kerana tawakkal dan kepercayaannya kepada Allah, Allah selamatkan anaknya dengan cara yang paling tak disangka-sangka. Dia yang hendak selamatkan bayinya dari Firaun – Allah membuatkan anaknya tinggal sebumbung dengan Firaun, di mana, pada pandangan kasarnya nampak sangat mengerikan – tetapi sebenarnya itulah yang terbaik. Nabi Musa hidup aman bahagia di dalam istana Firaun, kerana Allah menjadikan Nabi Musa ni, bila sesiapa memandangnya akan terbit rasa kasih sayang. oh comel! Ha, banyak betul mesej nya di dalam kisah Nabi Musa ini.
Banyak nya hikmah dan keselematan yang Allah berikan kalau kita benar-benar bertawakkal. Tapi, lihatlah tawakkal ibu Nabi Musa itu bagaimana. Bukan macam tawakkal kita yang ‘main tipu’ ni. Tawakkalnya, subhanallah dasyat! Dan tidak habis di situ. Ada lagi Allah beri kejutan.. Di suatu hari, Asiah hendak mencari orang untuk menyusukan nabi Musa. Cuba teka siapa yang dipilih? Tepat sekali. Ibunya tadi. Ibunya yang tadi melepaskan dia pergi diiringi tawakkal kepada Allah Yang Maha Menjaga dan Memelihara, sekarang Allah pulangkan kembali ke pangkuan dia. Mashaallah…begitulah indahnya tawakkal seorang hamba kepada Tuhan nya, kan. Dan dengan sebaik-baik nya pula Tuhannya membalas nilai kebergantungan dia itu.
Dan ya, Nabi Musa membesar dan akhirnya dengan bantuan Allah dia berjaya menumpaskan pemerintahan firaun. Alhamdulillahil’aziz.. Sekarang, tawakkal kita pula bagaimana? ‘main tipu’. Dan kita harapkan pula agar Allah menolong sehabisnya, sedangkan kita tak cukup percaya dan berharap pada kekuasaan Dia. Baiklah, bayangkan kalau ada orang datang dan minta pertolongan dengan kita, tapi dia bukan yakin sangat dengan kita pun. Cis sungguh. Mahu ke kita tolong? “Tengok la, fikir dulu. Kau bukan percaya aku boleh tolong sangat pun en…wek.”
Tapi itulah pointnya. Sejauh mana kita ni benar-benar bergantung dan percaya pada bantuan Allah. Marilah kita bertawakkal dengan tawakkal ibu Musa!! Hm Susah tu… Tapi tak apa, kita cuba sedaya mampu! Dan andai nya kita memang terus kehilangan perkara tersebut, err boleh bersedih. Kita manusia juga, kan. Tapi, jangan bimbang dan ragu kerana Allah pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan membahagiakan buat kita. Allah itu Maha Baik. (ar-raa’uf), tak mungkin Dia akan kecewakan kita andai kita benar-benar dalam kelompok yang taat padaNya.
*****************************
“Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini.” 37
“Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:” 38
“Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.” 39
“Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:” Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?” Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu..” 40
Surah Ta Ha: 37-40
if you love something let it go. If it comes back its yours, if it doesnt it never was. (:
Petikan Dari Ilmi-islam.com. :D

Thursday 8 March 2012

Dugaan Oh Dugaan~

Alhamdulillah, berakhir sudah zaman kegelapan yang terjadi di Jl. Jati V, No. 47D.. hehehe.. tension merundum apabila, pencawang elektrik yang menyuplai eletrik ke rumah ku terputus.. Dalam keadaan resah dan gelisah, aku dan housemate2 aku bertungkus lumus memikirkan cara. hahahah.. Macam2 yang dilakukan, semua wayar dia cantum dan ditarik keluar.. hek3!!! (belajar jadi doktor, end up buat keje engineer) Well, desperate times comes with desperate measures.. nak x nak, kena mengharungi malam yang gelap ditemani nyamuk yang enak menjamu selera. Selama 4 hari, kami kegelapan akibat keje gila kitorang n ketidakupayaan PLN bertindak dengan bernas dan bijak. haiz... $ hari pulak tu, sungguh sedih, tension, sehingga bole dikatakan menduga kesabaran yang telah tuhan berikan kat diri ini.. hahahah.. at the end. semua ok n hope untill the end..

BYe.. :D

Tuesday 6 March 2012

Food For Thought.... Hurm..

Assalamualaikum.... As time goes by, kita sering terlupa byk yang kita pernah buat, dan kita pernah terpikir nak buat.. Saban hari, berita buang bayi, remaja hamil luar nikah makin byk bahkan da mcm trend. sedih bila tgk, yang byknye anak bangsa sendiri dan seagama dengan kita. Bukan itu je, kalau sesetengah tu muka dak2 baik.. x mcm yang sanggup buat cm ni kat diri sendiri dan family. nak x nak, itulah hakikatnya, keadaan sedemikian sebenarnya x semudah yang kita sangka berlaku. Semuanya bermula dengan cinta. Cinta itu  sesuatu yang suci, dan bg saya sendiri, itulah fitrah yang Allah SWT kurniakan kat kita, khalifah-Nya yang Dia letak untuk mendiami dunia ni. Malahan, Cinta ini telah dikotori dengan nafsu berahi manusia. It is a fact that women are very emotional and most vulnerable in that state. I also know that most of them will be denying what i just said but that is the truth. Dalam hal percintaan, bukan senang untuk si dara untuk tidak memikirkan ttgnya lagi2 bila si teruna yang dia minati itu memberi respons ttg dia. If lelaki yang dia cintai itu ckp, 'Saya Cintakan awak', saya gerenti, si dara akan tersenyum sepanjang hari. Namun, perasaan itu bg sesetengah lelaki hanya la mainan untuk menawan hati targetnya.. Dan mula la segala pujuk rayu si teruna dengan ayat dan janji manis yang diucapkan kepada si dara dan atas nama sayang dan cinta, segalanya diberikan. Dan perkara x diingini terjadi, hamil dan kes buang anak mula berleluasa. Dengan keadaan ini, mereka hanya menangkap si dara dan kita sebagai masyarakat mencemuh, mencerca, menghina, dan apa2 la yang sama waktu dengan perkataan td si dara dengan keluarganya.

Yang jadi persoalan saya, adakah kita sebagai masyarakat bertindak sedemikian tanpa tau cerita di sebalik tabir, kejadian yang telah terjadi, apa yang menyebabkan keadaan sedemikian menjadi isu? itu silap kita. yes dia salah, sbb bunuh anak luar nikah dia, yes salah dia sbb dia x jaga diri, yes family dia salah sbb x jaga anak dia betul2, tp penah x kita pk, mana peranan kita yang berada diluar yang sering dengan sikap yang kononya x nak jaga tepi kain org tp kalau artis, kecoh 1 dunia.. Sepatutnya, semua yang berlaku adalah pengajaran untuk kita, supaya dapat menghindari diri kita, keluarga kita dan keturunan kita akan datang dari dapat yang sama. Selain itu, hukuman ini x adil untuk sebelah pihak sahaja, bg saya lelaki salah dan perempuan pun salah, jd biarla dua2 kena.. because i believe what goes around, comes around.

hanya pendapat saya ttg hal buang bayi ini dan hukuman yang x seadil dari yang patut kena. serta menerangkan sedikit ttg hal ini.. hek3. maaf kalau agak pelik. :D

Sunday 4 March 2012

New Experience......

Assalamualaikum.. New experience.. Semalam bertarikh 3 March 2012 adalah satu tarikh yang memberi penangan hebat untuk aku.. Pengalaman baru yang aku dapat tentang what Medicine is all about.. Jadi OP AKA patient simulation untuk OSCE (praktical test for pre clinical student before entering clinical). Setiap mahasiswa perlu menempuh 14 station yang terdiri dari setiap bahagian di hospital Or Rumah sakit... (bedah, OBGYN, Mata, Internal Med, dan lain lagi). Intense pressure mula mendahului semua yang akan mengambil ujian tu.. siyes, nmpak mudah, tp sebab stress, cuak dan sewaktu dengan nye. At 1st, aku ditempatkan di unit ortopedik, n then ditukar ke unit mata.. (sbb examnye case rabun n x bole OP yang pakai cermin mata). di situ aku belajar byk dari kesilapan dan membantu byk yang kebuntuan.. Kira gak specialist yang jadi pemeriksa tu baik hati sbb jika, diorg sngkut, dia bg hint.. Bak kata ibuk tu, 'Stress itu biasa buat mahasiswa grogi dan lupa'.. Aku dan kawan local aku, Zaki, tergelak2 bila tgk diowg tp bila pk balik, nnti kitorg mcmana la nanti.. hahahah. Still, dari situ, aku nmpk byk kekurangan aku dan certainly byk yang perlu diperbaiki, to be a doctor, changes in me is imminent.. yang pasti, masa ad lgi dan alhamdulillah aku diberi kesempatan ini dan tahu apa yng perlu diubah 4 the best in future.. :D